AKU

-AKU  ABDULLAH-

Aku  bukanlah  manusia luar  biasa,  melainkan  lelaki  yang  biasa-biasa sahaja.  Dengan  biasanya  aku- kebiasaan  yang  biasa,  menjadikan aku  terlalu  biasa  untuk  membiasa- biasakan  diri  menjadi  luar  biasa- di  luar  memang  biasa  sahaja- kebiasaan  bagiku  bukan  luar- tetapi  biasa  itu  selalu  melibatkanku  seperti  terlalu  luar  biasa-

Aku  juga  pernah  bercita-cita  untuk  seperti  spesies  luar  biasa- hanya  sahaja  cita-citaku  yang  luar  itu- menjadikanku  bertambah  biasa  sahaja- kerana  cita-cita  luar  biasa  tidak  akan  mahu  dikerjakan  dengan  cara  biasa- biasa  sahaja-bila sahaja  kebiasaan  yang  biasa-biasa  itu  selalu  dibiasakan- cita-citaku  menjadi  diluar  kebiasaan-makanya,  luar  biasa  cita-citaku  bukan  spesies  yang  biasa-biasa  hanya-sekarang  aku  keliru-tetapi  keliru  yang  dibiasakan  sahaja-keliru  yang  biasa-biasa- bila  keliru  sudah  menjadi  terlalu  biasa- kebiasaanya  bisa  diterima  sebagai  keliru  yang  luar  biasa-

Eh,eh,eh-siapakah  yang  biasa,  luar  biasa,  biasa-biasa  sahaja,  kebiasaan  atau  membiasakan  sahaja  sekarang?  Oh  Tuhan,  manusia  memang  “biasa”  seperti  ini-

Aku  tidaklah  terlalu  menarik  untuk  perhatian  orang  lain- kerana  aku  memang  lelaki  yang  tidak  mempengaruhi  individu  lain untuk  tertarik-Memang  tarikan  dariku  tidakkan  sesekali  mampu  menjadikan  sesiapa  sahaja  mampu  tertarik- mudahnya,  aku  bukanlah  lelaki  yang  menarik-kerana  menariknya  aku  hanya  tarikan  untuk  sesiapa  yang  ditarik!Hmm,  rupa-rupanya-  aku   hanya  menarik  di  sisi  orang  yang  selalu  menjadikan  dirinya  menarik  dan  Dia  yang   menjadikanku  memang  menarik!!

Cinta-Cinta  menjadikan  ku  seorang  manusia- kerana  lelaki  sepertiku  dijadikan  kerana  cinta- Cintaku  menjadikan  diriku  semakin  dicintai-kerana  dicintai  menjadikannya  cinta- bila  cinta  dicintai  makanya  ia  akan  mencintai- kerana  mencintai  perlu  dari  cinta  dan  dicintai- bila  terjadi  mencintai  cinta  yang  dicintai  jadilah  pencinta- sebab  pencinta  menjadikan  cinta- dan  cinta  adalah  pencinta- jualah  kecintaan  menjadikanku  penuh cinta- kecintaan  cinta  pencinta,  mencintai  dicintai  cinta –pencinta  mencintai  cinta- cinta dicintai  kecintaan- dicintai pencinta  cinta-cinta- cinta- cinta- deh,deh,deh- aku  mestilah  mencintai  pencinta  yang  mencintai  cinta  dan  cinta  yang  dicintai  pencinta-

Kembali-Aku  manusia  yang  pasti  kembali- kerana  manusia  akan  dikembalikan- sebab  dikembalikan  menjadikan  aku  seorang  lelaki-mengembalikan  diri  untuk  kembali- bukanlah  aku  pengembalinya- keranaku  cuma  dikembalikan  oleh  pengembali- kembali  untuk  dikembalikan- tidak  mampu  mengembalikan  kembali-kerana,  aku  memang  akan  dikembalikan-

Nyata,  nyata,  nyata  pasti,  aku  mesti,  memang, perlu  dan  akan  kembali-kembali  yang  dikembalikan  oleh  pengembali-

Jun24-

  1. “bagi yang btanya n cuba berteka-teki tentang diri author ini..cuba semak dan soroti ‘aku Abdullah’…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: