IBU BUNUH ANAKNYA YANG MENGGANGGU MAIN FACEBOOK

Ibu bunuh anak yang mengganggunya guna Facebook



 

JACKSONVILLE – Seorang ibu di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengaku salah menggoncang bayinya sehingga mati kerana marahkan anak kecil itu mengganggunya bermain permainan ladang siber,Farmville di Facebook, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Akhbar Florida Times-Unionmelaporkan ibu itu, Alexandra V. Tobias, 22 (gambar), mengaku bersalah di hadapan Hakim Adrian Soud pada Rabu lalu kerana membunuh bayinya yang baru berusia tiga bulan, Dylan Lee Edmondson.

Tobias kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Akhbar berkenaan menyatakan, mahkamah itu akan menetapkan hukuman pada Disember depan.

Akhbar Florida Times-Union menyatakan, Tobias memberitahu beberapa detektif dia menghisap sebatang rokok sebelum menggoncang semula anaknya itu.

Kepala anak kecil itu mungkin terhantuk semasa insiden tersebut.

Permainan Farmville dikeluarkan oleh firma Zynga.

Firma itu yang mendakwa 230 juta orang bermain permainan Internet keluarannya termasuk Mafia Wars,” Treasure Isle, Zynga Poker, Cafe World, FishVille dan PetVille. – AFP

 

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: