KEPINTARAN KANAK2 MELANGKAUI USIA

 

Di Indonesia pada tahun 2007, seorang kanak-kanak perempuan bernama Anissa Rania Putri, berusia 5 tahun, mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa tanpa belajar secara formal. Selain boleh berbahasa Indonesia, dia fasih bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris, Arab dan Belanda.

Kemudian di Afrika pada tahun 2008, muncul pula seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Sheikh Sharifuddin juga berusia 5 tahun menggemparkan dunia setelah mengislamkan beribu-ribu orang dalam satu ceramah agamanya. Dalam ceramahnya itu Sharifuddin bertutur dalam 5 bahasa iaitu Swahili, Arab, Inggeris, Perancis dan Itali.

Soalnya, siapakah kanak-kanak yang istimewa ini? Dan bagaimanakah mereka muncul?

Mengikut istilah barat, kanak-kanak ini dikenali sebagai “kanak-kanak Indigo”. Istilah ini mula diperkenalkan pada tahun 1982 melalui sebuah buku “Understanding Your Life Through Colour” tulisan Nancy Anne Tappe. Menurut laporan dari buku ini, kanak-kanak Indigo telah muncul sejak tahun 1960-an lagi.

Selain itu, kanak-kanak Indigo memiliki perwatakan yang menonjolkan persepsi luar deria atau secara saintifiknya dipanggil “ESP-Extrasensory Perception”. Kanak-kanak ini mempunyai deria sensitif yang tinggi, kepekaan luarbiasa dan pemikiran yang melangkaui usia.

Memiliki sifat yang luarbiasa, kanak-kanak ini turut digelar sebagai Children of the sun, Millenium Children dan Blue Children.

Pada tahun 2006, dalam sebuah laman web http://www.todayslocalnews.com, seorang penulis buku, Savannah Thomas Arrigo menyatakan kira-kira 97 peratus kanak-kanak sepuluh tahun adalah Indigo. Manakala 70 peratus individu yang berumur 15 hingga 25 tahun turut dikategorikan sebagai Indigo. Selain itu sebanyak 40 peratus orang dewasa yang berumur 25 hingga 38 tahun dikurniakan bakat Indigo.

Perkataan Indigo berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud nila. Dalam bahasa Sanskrit, Indigo disebut sebagai “Cakra Aina” yang terletak dibahagian dahi.

Sebuah buku yang bertajuk “The Care and Feeding of Indigo Children” yang ditulis oleh Jan Tobler menyatakan terdapat sepuluh ciri kanak-kanak Indigo iaitu:

1. Perasaan ingin berbakti yang tinggi.
2. Peka terhadap perihal yang berlaku keatas dunia.
3. Tidak mendedahkan identiti sebenar.
4. Sukar menerima arahan atau peraturan.
5. Tidak suka perbuatan yang lambat
6. Kreatif.
7. Cepat menyelesaikan masalah.
8. Antisosial
9. Tidak memberi tindakbalas kepada peraturan yang mengongkong.
10. Suka menonjolkan diri.

Di Indonesia, satu komuniti Indigo ditubuhkan. Ia dikenali sebagai “Komunitas dan Pusat Pendidikan Indigo Indonesia” (KPSII). Tujuan komuniti ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan dan bertukar-tukar pendapat sesama ahli.

Sehingga tahun 2010, pusat ini kini mempunyai seramai 5797 orang ahli.

Selain daripada itu, pihak kerajaan Indonesia turut memberi perhatian khusus pada komuniti ini, Justeru, sebuah sekolah khas ditubuhkan untuk kanak-kanak Indigo. Ia amat berbeza daripada sekolah biasa kerana piawaian sukatan pelajaran yang diguna pakai lebih tinggi daripada sukatan biasa.

Begitu juga dengan negara Singapura, kanak-kanak Indigo diberi latihan dan pendidikan yang berkesan bagi melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, di Malaysia kes berkaitan kanak-kanak Indigo tidak direkodkan.

 

 

 

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: