ISLAM SUBJEK YANG DIAJAR DI JERMAN

Sumber: BH

 Kerajaan Jerman secara dasarnya bersetuju membenarkan pengajaran agama Islam sebagai mata pelajaran rasmi di semua sekolah awam dalam usaha membantu melancarkan proses integrasi penduduk Muslim ke dalam masyarakat negara itu.

Akhbar tempatan, Deutsche Well melaporkan semalam, kesediaan Berlin itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Wolfgang Schaeuble pada hari terakhir Persidangan Islam anjuran kerajaan di sini, kelmarin.

Pada masa ini, sekolah di Jerman cuma menawarkan subjek bidang Judaism, Katolik dan Protestan. Islam juga menjadi agama ketiga paling banyak dianuti selepas Kristian Protestan dan Katolik.

“Tidak lama lagi jika sesuai, kita akan mewujudkan kelas agama Islam di sekolah Jerman. Ini secara langsung membantu proses integrasi serta mengelak masyarakat Muslim hidup tersisih.

“Ia juga dapat membantu ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau kelas pengajian Islam yang tidak rasmi dan seterusnya mengelak golongan muda itu terjebak dengan kumpulan ekstremis,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: