PROTES BESAR-BESARAN LAWATAN POPE KE LONDON

LONDON 19 Sept. – Pope Benedict menghadapi protes terbesar dalam 17 lawatannya ke luar negara apabila lebih 10,000 orang berarak di London, semalam mengecam beliau berhubung skandal seks melibatkan gereja Roman Katolik, paderi wanita dan homoseksual.

Sebilangan penunjuk perasaan itu memakai kostum seperti pakaian rahib wanita serba hitam dan jubah merah paderi dan ada yang membawa sepanduk dengan mesej menyuruh Pope balik ke Vatican.

Benedict menghadapi protes demi protes sepanjang lawatan empat harinya ke England dan Scotland, sering kali bersaing untuk mencuri perhatian dengan penganut setia Roman Katolik yang menyokong lawatan beliau.

Protes paling lantang dan warna- warni berlaku, semalam apabila penyokong sekularisme, ateis, kumpulan pro-gay dan aktivis hak asasi manusia berganding bahu dalam perarakan Memprotes Pope dari Hyde Park Corner ke kediaman Perdana Menteri di Downing Street.

Demonstrasi itu adalah yang terbesar pernah dihadapi oleh Pope semasa 17 lawatan beliau ke luar negara sejak mengetuai gereja Roman Katolik lima tahun lalu.

Tindakan Benedict memohon maaf semasa upacara sembahyang semalam apabila beliau menyifatkan paderi pedofilia telah mendatangkan ‘aib dan kehinaan’ gagal meredakan kemarahan penunjuk perasaan.

“Memohon maaf tidak akan menyelesaikan masalah. Dia tertakluk kepada undang-undang seperti orang lain. Jika saya melakukannya (menyembunyikan skandal) saya akan dipenjarakan,” kata seorang penunjuk perasaan, Alice Holding, 40.

Penunjuk perasaan lain berkata, pembayar cukai tidak sepatutnya membiayai kos lawatan itu dan mereka mengkritik sambutan besar-besaran yang diberikan.

“Jika penganut Katolik mahu mengikut ajaran beliau, itu pilihan mereka, tetapi penduduk lain seperti kami mahu beliau balik dan berhenti menganggu kami,” kata Terry Sanderson daripada Persatuan Sekular Kebangsaan. – Reuters

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: