LELEKI KUDUNG BERJAYA RENANGI SELAT INGGERIS

PARIS – Seorang lelaki Perancis yang kudung semua tangan dan kakinya berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris pada hujung minggu lalu dengan menggunakan kaki palsu yang dipasangkan dengan kaki sirip getah.

Lelaki itu, Philippe Croizon yang berusia 42 tahun itu dijangka menghabiskan cabaran sukar itu dalam tempoh 24 jam.

Namun, dia berjaya menamatkan renangan itu dalam tempoh hanya 13 setengah jam pada Sabtu lalu.

“Saya berjaya melakukannya. Saya sangat gembira. Saya tidak mempercayainya, gila,” kata Croizon kepada stesen radio France-Info.

Sebanyak tiga ekor ikan lumba-lumba berenang bersama-sama dengannya buat seketika semasa dia berenang.

“Kami menganggapnya sebagai satu tanda tuah,” kata bapanya, Gerard Croizon.

Croizon memulakan renangan dari Folkestone, Britain dan tiba di bandar Wissant, Perancis.

Kaki palsu Croizon yang dicipta khas membolehkannya berenang di dalam air.

Perenang itu kehilangan tangan dan kakinya selepas mengalami kejutan elektrik pada tahun 1994 semasa dia hendak membaiki antena televisyen.

Pada tahun 2007, Croizon mendapat liputan meluas kerana dia terjun dengan menggunakan payung terjun.

Dia pernah menulis sebuah buku, J’ai decide de vivre yang mendedahkan pengalaman dirinya. – AP

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: