JEPUN-ISLAM & KAHWIN CAMPUR

Surat dari Pembaca #3

Pada June 18th, 2009, ia ditulis oleh Al-Irfan

Surat elektronik kali ini diterima melalui kotak Facebook, dikirim oleh seorang yang bergelar W**** (keizinan telah diberikan, dengan syarat nama pengirim dirahsiakan). Aku tak ubah cara penulisan dan ejaan untuk mengekalkan keasliannya.

Mesejnya berbunyi:

Akum.. irfan,name aku W****.. peminat nombor satu jepun..
aku ade bc ko punye sangpelangi.. dan aku tertarik dengan cara ko berfikir ttg jepun…
aku nak tnya pandangan ko sebagai orang yang da ade pengalaman kat sane..
sebelum tu aku nak bgtau yang aku ni mmg giler abis ttg budaya jepun.. aku suka ikut dan semangat jepun bg aku yg terbaik didunia..

soalan 1 : mcmane ko bole x tpengaruh dgn budaya jepun?? mksud aku budaya muslim ko sangat kuat dan aku rase sangat pelik… x kah ko terasa nak enjoy n mengikutinya…???

soalan 2 : aku skrg dalam proses blaja bhase jepun basic 1, apa pandangan ko ttg org yg nak pg jepun, menetap disana dan kahwin org sane?? patut atau x dan kenapa…??

soalan 3 : ko ni al-arqam ker?? sebab bnyk sangat pasal ko dgn arqam..

harap maap kalau aku gunakan perkataan ‘aku’ disini sbb da terbiasa dan pgunaan sgkat sms sbb da x bole ubah gaya penulisan ku ini… arigatooooooooo………….. harap bole jawab sbb aku da tertanya2 ni..

Jawapanku untuk pertanyaan Wan;

Terima kasih kepada W****, atas persoalan yang kukira ada bijaknya. Jawapan di bawah ini adalah pandangan peribadiku semata-mata, jadi usahlah mengaitkan aku dengan apa-apa, ataupun sesiapa.

Jawapan untuk soalan 1:

Aku suka untuk mengkategorikan budaya ini kepada dua. Pertama, budaya berbentuk dalaman, kedua, berbentuk luaran.

Jika dalam budaya kerja Jepun (budaya dalaman), rasanya aku sudah cukup dipengaruhi, lebih-lebih lagi setelah aku di’bentuk’ oleh Funada Sensei. Seperti kata Ustaz Hasrizal, di dalam diri Jepun ada nilai islam yang tiada pada muslim (sumber). Mereka tidak beriman, tapi soal menjaga masa sudah dianggap sebahagian nyawanya, lebih hebat dari kita yang memegang amanah pada sumpah Allah terhadap masa. Ada juga budaya dalaman lain yang tidak kukupas di sini.

Tapi, dari pertanyaanmu, “adakah aku tidak ‘enjoy‘ mengikutinya,” mungkin kau sedang bermaksud terhadap budaya luaran, iaitu fesyen. (Maafkan aku jika andaian ini salah)

Siapa bilang fesyen itu percuma? Pengikut fesyen tertentu harus mengikuti perkembangan trend terkini. Jika melihat pada latar belakangku yang biasa-biasa, aku agak kekok membelanjakan lebih wang saku untuk tujuan ini.

Aku mengaku, aku punya rakan yang sanggup membelanjakan hingga beribu liter titik peluh rakyat (wang biasiswa) atau dari hasil kerja sampingan. Kata mereka, jika dah bosan nanti, boleh dijual semula. Apa yang aku faham, kepuasan ibarat sebiji gelas, andai dituang berlebihan pasti melimpah juga airnya. Ada juga yang menganggap kepuasan itu ibarat cawan yang tak pernah penuh airnya.

Tapi aku juga sedar, penampilan menampakkan kematangan. Cuma malangnya, kasutku yang mengikut trend telah dicuri oleh orang yang sama beberapa kali (sumber). Serik dah. Haha.

Pendek kata, dalam keruh air, masih ada elemen jernihnya. Ceduklah airnya dan mendakkan keledaknya, atau tapis jika ingin menyaring jernihnya.

Jawapanku untuk soalan 2.

Baiklah, ini cuma pandangan peribadiku semata-mata. Tak salah menuntut bahasa asing, tapi dalam masa yang sama, perkuatkanlah bahasa ibundamu. Agar kalian tidak lupa asal-usulmu kelak, kembali mencurah jasa pada tanah kelahiranmu. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, itu kata-kata siapa?

Soal berkahwin dengan orang Jepun dan menetap di sana perlu berbalik semula kepada diri sendiri. Adakah kita bersedia memegang amanah besar sebagai suami kepada mualaf? Sudahkah kita sudah nilaikan tahap iman kita, adakah sekuat amanah yang bakal kita pikul? Jika tidak, maka terus perhebatkan amalanmu, biarpun sebelum, semasa, ataupun selepas perkahwinan itu.

Perkahwinan campur harus kita letakkan misi dakwah di peringkat pertama kerana peranan dakwah adalah wajib. Usahlah mengutamakan nafsu dan keseronokan dalam hal ini.

Di Jepun, sebaran Islam makin berkembang, tetapi tidak sehebat di China. Orang Jepun Mualaf lebih ramai dari golongan hawa (maaf, aku tiada statistik, ia sedutan fakta dari Ustaz Ariffin, pengarah Japan Muslim Association (JMA) ).

Seorang pendakwah jalanan berbangsa Jepun, pernah menceritakan padaku. Begitu ramai wanita Jepun mualaf kembali menganut ajaran nenek moyang, kerana lemah menghadapi dugaan bergelar muslim di Jepun. Jadi, untuk menyelamatkan hal ini, beliau cuba mengahwinkan mereka dengan pendatang muslim, berbangsa Pakistan terutamanya (sehinggakan beliau menyaran aku membawa pulang seorang, tapi aku tak mahu.)

Err..OK. Dah meleret ni (harusnya menjadi satu buku untuk isu ini). Dipendekkan hujah, aku menyokong penuh perkahwinan campur, di Jepun terutamanya.

Jawapan untuk solan 3:

Aik? Benarkah banyak kisahku berkisar dunia Al-Arqam? Rasanya setakat dua, tiga entri saja. Aku dulu bersekolah tadika di Al-Arqam. Tidak bermakna aku dan keluarga adalah seorang pengikut Al-Arqam, kerana ia satu-satunya pilihan pra-sekolah beraliran Islam yang ada ketika itu.

Alhamdulillah, rakyat di Malaysia masih matang pemikirannya. Menolak ke tepi soal politik dalam hal ini semata-mata untuk masa depan anak mereka. Contohnya seperti sekarang, di tempatku, seorang pemangkah tegar Barisan Nasional menghantar anaknya ke PASTI Al-Irfan, adalah disebabkan ia satu-satunya pusat asuhan yang mendidik anak mereka untuk berjiwa Islam.

p/s: Oh ya. Bagi yang tidak tahu, di Pasir Gudang saja sudah ada lima buah PASTI. Kesemuanya dinamakan dengan PASTI Al-Irfan 1, 2,.. dan 5. Masalahnya, aku terpaksa menepis gosip liar yang mengatakan tadika itu dimiliki olehku. Hikhik. Sekian, edisi poyo.

Diharapkan terjawablah persoalanmu, ya W****.

http://www.sangpelangi.com

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: