WARGANEGARA AUTOMATIK

Warganegara automatik

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/04/12
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing sehingga melahirkan anak di luar negara boleh menarik nafas lega apabila anak yang dilahirkan itu bakal menikmati taraf kewarganegaraan secara automatik tanpa pindaan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kementerian sudah menyediakan mekanisme bagi membantu wanita tempatan mendapatkan taraf warganegara Malaysia bagi anak yang dilahirkan di luar negara.
Menurut beliau, buat masa ini tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan taraf kewarganegaraan Malaysia diberi secara automatik kepada anak yang lahir di luar negara.
“Berdasarkan peruntukan sedia ada dalam Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang memiliki kewarganegaraan Malaysia.
“Sebagai langkah bagi menangani unsur diskriminasi gender berkaitan isu ini, kementerian memutuskan suatu peraturan baru secara pentadbiran dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan untuk wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing memohon taraf warganegara Malaysia bagi anak mereka yang lahir di luar negara, tanpa membabitkan pindaan undang-undang,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Mengulas lanjut mekanisma itu, Hishammuddin berkata, kemudahan itu diberikan melalui permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia mengikut Perkara 15(2), Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, permohonan boleh dikemukakan di pejabat kedutaan di negara anak itu dilahirkan dan kementerian akan melantik Pegawai Konsular di Kedutaan Malaysia Luar Negara sebagai wakil rasmi menerima permohonan berkaitan.
Bagaimanapun, katanya, permohonan itu perlu dilakukan dengan mematuhi syarat yang dikenakan termasuk ibu dan bapa kepada pemohon perlu membuat permohonan bersama di dalam borang yang ditetapkan. Beliau berkata, ia penting bagi mengelakkan pertikaian dan pertindihan taraf kewarganegaraan anak di antara ibu bapa kepada anak pada masa depan, selain menjaga imej kerajaan Malaysia “Ibu dan bapa perlu hadir di hadapan pegawai Konsular di Pejabat Kedutaan Malaysia dan permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kanak-kanak itu dilahirkan.
“Bukan itu saja, pemohon yang sudah diluluskan taraf kewarganegaraan bagi anaknya adalah dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara bersama anak mereka bagi memohon Sijil Warganegara dan MyKid,” katanya.
Hishammuddin berkata, melalui mekanisme itu, semua warga Malaysia sama ada wanita atau lelaki yang berkahwin dengan warga asing, boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya yang dilahirkan di luar negara. “Kita berharap usaha ini dapat menangani masalah wanita yang selama ini mengalami kesukaran untuk memastikan anak hasil perkahwinan dengan warga asing di luar negara mendapatkan taraf sebagai warganegara Malaysia,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: