PROSEDUR PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

 

PROSEDUR PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

Prosedur Perkahwinan Muslim di Malaysia

 

Disini saya ingin berkongsi dengan bakal pengantin mengenai prosedur Perkahwinan

di Malaysia. Diharap para pembaca menjadikan sebagai garis panduan sahaja kerana

prosedur ini mungkin telah dikemaskini atau mungkin berubah mengikut Jabatan atau

Majlis Agama Negeri atau Daerah masing-masing.

A. PENGENALAN

Prosedur Pentadbiran Perkahwinan ini menggariskan peraturan-peraturan pentadbiran yang perlu

diikuti oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk dalam melaksanakan

Akta/Enakmen/ Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri mengenai perkahwinan,

perceraian dan rujuk.

B. TAFSIRAN

Dalam Prosedur Pentadbiran ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan.

‘Beristeri’ ertinya mempunyai isteri.

‘Iddah’ ertinya tempoh menanti yang diwajibkan ke atas isteri yang diceraikan oleh suaminya, atau

yang mati suaminya.

‘Tempoh Bermastautin’ ertinya tinggal dalam sesuatu kawasan tertentu sekurang-kurangnya 90 hari

atau mengikut budi bicara Pendaftar

‘Teruna’ ertinya lelaki yang belum pernah berkahwin mengikut Hukum Syarak.

‘Wali Mujbir’ ertinya bapa atau datuk lelaki sebelah bapa.

‘Negeri’ ertinya negeri-negeri di dalam Malaysia.

‘Luar Negeri’ ertinya luar negara.

‘Tempat Lain’ ertinya di luar kariah masjid atau dalam mana-mana negeri.

C. PROSEDUR PERKAHWINAN

1. Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu – Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPl)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara

Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah

menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.

2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

a) Pengesahan Permohonan Berkahwin

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran

berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang

yang ditetapkan.

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon

Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan

bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  • Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya
  • beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
  • Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
  • Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
  • Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
  • Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
  • Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.

Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang

yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.

b) Kebenaran Permohonan Berkahwin

Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi

sub peraturan ( iii )

Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh

perkahwinan yang dicadangkan.

Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.

Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam

borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar

negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

3. Proses Permohonan Perkahwinan Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah

Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:

  • Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan
  • Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.
  • Perkahwinan itu secara poligami.
  • Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami (jika perkahwinan itu dalam

tempoh iddah perceraian biasa)

Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.

Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan,

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.

Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.

4. Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin

Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh

dikeluarkan.

Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan

puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.

Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat

belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.

Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat

Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.

Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh

lanjutan kebenaran berkahwin.

5. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

a) Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.

Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan

borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan pasport yang sah.
  • Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.
  • Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya

atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.

b) Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan

yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara

Malaysia

6. Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin

Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran

yang telah ditetapkan.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.

7. Akad Nikah

Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal

atau bermastautin.

Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.

Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:

  • Wali di hadapan Pendaftar.
  • Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
  • Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
  • Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan.

 

D. PROSEDUR PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 

1. Pendaftaran Perkahwinan Dalam Negeri

Selepas upacara nikah Pendaftar hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan segera

sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang yang sedia ada.

Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh

pendaftaran perkahwinan.

2. Pendaftaran Perkahwinan Luar Negeri

Pendaftar hendaklah memastikan bahawa permohonan pendaftaran bagi perkahwinan yang dilangsungkan

di luar negeri hanya bagi perkahwinan yang tidak dibuat di Kedutaan atau oleh Pendaftar yang dilantik.

Pendaftar hendaklah memastikan bahawa perkahwinan di luar negeri yang belum didaftarkan sahaja yang

boleh didaftarkan.

Pendaftar hendaklah memastikan setiap permohonan pendaftaran nikah mempunyai butir dan maklumat

berikut:

  • Surat perakuan nikah luar negeri.
  • Atau apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau tulisan yang boleh memuaskan hati Pendaftar

    sebelum perkahwinan berlaku.

  • Permohonan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan yang ditandatangani oleh Pemohon sendiri.

Pendaftar boleh mengecualikan pasangan suami/isteri untuk hadir di hadapannya dengan syarat ia berpuas

hati mengenai maklumat berhubung dengan perkahwinan itu.

Pendaftar hendaklah mencatatkan sebab-sebab pasangan suami isteri tidak hadir dalam daftar perkahwinan.

Selepas mendaftar Pendaftar hendaklah dengan segera menyerah atau menghantar satu salinan pendaftaran

nikah yang telah ditandatangani kepada pasangan suami isteri.

Pendaftar juga dikehendaki menyerah satu salinan pendaftaran nikah kepada Ketua Pendaftar dalam tempoh

yang ditetapkan supaya salinan tersebut dijilidkan dalam perkahwinan orang Islam di luar negeri.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: