Puisi Seru Polemik Sepi


Engkau  ternyata  memilih  sepi.

Menolak  segala  rangkaian  kemesraan  sesama.

Engkau  lebih  damai  jika  sunyi  menjadi  teman.

Engkau  kira  dan  amat  percaya  tindakan  menyendiri  itu  adalah  tindakan  waras  serta  bukan  repleksi  dari  ransangan  naluri  dendam.

Engkau  akur  jadi  manusia  asing  kala  ini.

Mungkin  juga  bukan  sejeda  masa  ini  tetapi  mungkin  keperluan  untuk  lari  dari  kelompok  itu  akan  menelan  banyak  masa.

Engkau  kadangkala  diketuk  rasa  sedar  juga  kerana  tidak  mengawali  rasa  keseorangan  dari  titik  mula  waktu  pertemuan  lalu.

Bukankah  itu  identiti engkau  yang  kian  luput  sejak  akhir-akhir  ini.

Ah!  Alangkah  bahagia  jika  semangat  itu  terus  menjalar  dalam  diri,  tidaklah  engkau  mudah  dikerit  kalbu  yang  ditaburi  rajuk.

Sudah  bulat  untuk  meminggirkan  diri!

Maaf ! engkau  lagukan  tanpa  melodi  pada  kelompok  itu.

Engkau  memaafkan  semua,  bagi  engkau  bilangan  dendam   berapa  mahu  dijadikan  butir  alas an?

Tidak!  Jangan  dihinggapi  rasa  keliru  atau  diculik  rasa  bersalah  kerana  yang  pasti  jalan-jalan  sepi  adalah  lorong  yang  telah  mempersilakan  engkau  ke  destinasi  baru!

Sudah  lama  kemurungan  ini  dikaburkan.

(m’sia, 2009)

  1. puisi ini buat sahabatku; luqman hakim, mahassiwa jamiah iman yemen-perjumpaan kita selalu membicarakan kesepian, kendati nada yang kita tempikan cukup mengulum rahsia bahawa kita bersilang dengan keadaan sebenar-

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: