-AKU ABDULLAH-

-AKU ABDULLAH-

Aku  bukanlah  manusia luar  biasa,  melainkan  lelaki  yang  biasa-biasa sahaja.  Dengan  biasanya  aku-kebiasaan  yang  biasa,  menjadikan aku  terlalu  biasa  untuk  membiasa-biasakan  diri  menjadi  luar  biasa-di  luar  memang  biasa  sahaja-kebiasaan  bagiku  bukan  luar-tetapi  biasa  itu  selalu  melibatkanku  seperti  terlalu  luar  biasa-Aku  juga  pernah  bercita-cita  untuk  seperti  spesies  luar  biasa-hanya  sahaja  cita-citaku  yang  luar  itu-menjadikanku  bertambah  biasa  sahaja-kerana  cita-cita  luar  biasa  tidak  akan  mahu  dikerjakan  dengan  cara  biasa-biasa  sahaja-bila sahaja  kebiasaan  yang  biasa-biasa  itu  selalu  dibiasakan-cita-citaku  menjadi  diluar  kebiasaan-makanya,  luar  biasa  cita-citaku  bukan  spesies  yang  biasa-biasa  hanya-sekarang  aku  keliru-tetapi  keliru  yang  dibiasakan  sahaja-keliru  yang  biasa-biasa-bila  keliru  sudah  menjadi  terlalu  biasa-kebiasaanya  bisa  diterima  sebagai  keliru  yang  luar  biasa-

Eh,eh,eh-siapakah  yang  biasa,  luar  biasa,  biasa-biasa  sahaja,  kebiasaan  atau  membiasakan  sahaja  sekarang?  Oh  Tuhan,  manusia  memang  “biasa”  seperti  ini-

Aku  tidaklah  terlalu  menarik  untuk  perhatian  orang  lain-kerana  aku  memang  lelaki  yang  tidak  mempengaruhi  individu  lain untuk  tertarik-Memang  tarikan  dariku  tidakkan  sesekali  mampu  menjadikan  sesiapa  sahaja  mampu  tertarik-mudahnya,  aku  bukanlah  lelaki  yang  menarik-kerana  menariknya  aku  hanya  tarikan  untuk  sesiapa  yang  ditarik!

Hmm,  rupa-rupanya-  aku   hanya  menarik  di  sisi  orang  yang  selalu  menjadikan  dirinya  menarik  dan  Dia  yang   menjadikanku  memang  menarik!

Cinta-Cinta  menjadikan  ku  seorang  manusia-kerana  lelaki  sepertiku  dijadikan  kerana  cinta-Cintaku  menjadikan  diriku  semakin  dicintai-kerana  dicintai  menjadikannya  cinta-bila  cinta  dicintai  makanya  ia  akan  mencintai-kerana  mencintai  perlu  dari  cinta  dan  dicintai-bila  terjadi  mencintai  cinta  yang  dicintai  jadilah  pencinta-sebab  pencinta  menjadikan  cinta-dan  cinta  adalah  pencinta-jualah  kecintaan  menjadikanku  penuh cinta-kecintaan  cinta  pencinta,  mencintai  dicintai  cinta –pencinta  mencintai  cinta-cinta dicintai  kecintaan-dicintai pencinta  cinta-cinta-cinta-cinta-deh,deh,deh-aku  mestilah  mencintai  pencinta  yang  mencintai  cinta  dan  cinta  yang  dicintai  pencinta-

Kembali-aku  manusia  yang  pasti  kembali-kerana  manusia  akan  dikembalikan-sebab  dikembalikan  menjadikan  aku  seorang  lelaki-mengembalikan  diri  untuk  kembali-bukanlah  aku  pengembalinya-keranaku  cuma  dikembalikan  oleh  pengembali-kembali  untuk  dikembalikan-tidak  mampu  mengembalikan  kembali-kerana,  aku  memang  akan  dikembalikan-Nyata,  nyata,  nyata  pasti,  aku  mesti,  memang, perlu  dan  akan  kembali-kembali  yang  dikembalikan  oleh  pengembali-

Jun24

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: