Di Bintangor, NUR Cinta Bernisan

Dedikasi-

Buat  sahabat-sahabatku-non-muslim  yang  menginjak  alam  persekolahan  (sekolah menengah)  dan  tanpa  rencanamu-Cahaya  Akidah (Islam)  telah  memilihmu  dalam  kehidupanmu  seawal belasan  tahun-

Juga  sahabat-sahabatku  di  Form  6/sesi2006/07  di  SMK  BB,  Sarawak,  warganya  seluruh,  dan  alamnya  yang  terpotret di  memoriku  senantiasa-

“Kita pernah tersenyum dengan Cinta kita, tetapi “Cinta” kita  jarang untuk diberi  agar  menCari serta  mengGapai  “Cita-Cita  Cinta-Nya- “


1

2006

S.M.K  Bandar  Bintangor.  4  kilometer  dari  Jalan  Kelupu.

Saudara  meluru  gesit  melimpasi  pintu  pagar  sekolah.  Pintu  berel  itu  menganga,  merela  izin  pada  setiap  penghuni  yang  berurusan  dengan  sekolah  bertabal  ‘bandar’  itu.  12.45  tengahari, matahari  semakin  bersiap  untuk  menumpah  cahaya  garang  ke  bumi.  Antara  kegirangan  penuntut  yang  mendapat  lesen  menjenguk  kampung  dan  ria  itu  disambut  hangatnya  musim  Piala  Dunia  yang  menyucuh baranya  sorak  penonton dan juang pemain  di  Jerman  dan  berkembang  maraknya dipantulkan satelit ke  seluruh  ceruk dunia.

Suasana  masih  disesakkan  sepenuhnya  oleh  penuntut-penuntut,  sama  ada  pelajar  asrama,  pelajar  harian,  staf-staf  mahupun  komuniti primer  atau  kelompok  sekunder  di  tanah  keluasan  7.285  hektar  (18.0  ekar)  itu.  Stesen  bas  di sebelah  kiri  jalan,  itulah  pusat  tujuan  saudara..  Langkah.  maju.  Kadangkala  komposisi  beg  sukan  coneli  yang  memuat  11  kg  itu  begitu  menjerat  rimas  saudara.

“Nur..”,detusmu  dalam   relung  jiwa.  Bergulir  gilir.  Obses  hajat  saudara.

Bertudung  biru  langit  pantas  ditangkap  kornea  mata.  “Nur,  kalbu  saudara  mengadu  lagi.  Kali  ini  nadanya  ada  beza.  Bertempo  girang.

Mata  itu  menguyur  teduh.  Jarang  pesona  mata  sedemikian  diwarisi  oleh  wanita  yang  saudara  sudah  tatapi.  Bas  Sime  Tyres  nombor  4,  destinasi  dari  Bintangor  ke  Sarikei  adalah  matlamat.  Ya,  saudara  memperoleh  teka  bahawa  itu  juga  borneo  bus  Hino  yang dikehendaki  Nur.

“Nur!  Nubari  saudara  bertimpa  tindih  menyoal.

Brek  bas  memancung  lamunan.  Pelajar  berdedai-dedai  menyumbatkan  diri  ke  dalam  perut  bas.  Nur  bingkas  tetapi  menyudikan  diri  sebagai  penumpang  terakhir  memasuki  bas,  saudara  cuba  menyembunyikan  tindakan  kalut  tetapi  sudah  menyinggahi  punggung  di  dada  bangku  bas  di  sudut  belakang.  Nur  memilih  lajur  kerusi  bas  di  posisi  mampir  sebelah  kiri  driber.  Ada  tiga  tempat  duduk  tersedia  kosong.

Beginilah  rutin  yang  saudara  akan  kendalikan  kala  minggu  balik  kampung  tiba.

2

Mengapa  wujud  Nur?

Ada  gema  rasa  memantul.  Taman  Bintang  di  seberang  jalan,  jiran  penempatan  tempat  saudara  mengasah  diri  sebagai  pengulit  ilmu  di  S.M.K Bandar  Bintangor.  Beberapa  selang  tempoh  saudara  giat  menggeluti  perang  silibus  untuk  S.T.P.M.  di  bandar  julukan  kota  limau  ini.  Lebih  kurang  dua  bulan  saudara  digesa  sebagai  pewaris  mengemudi  negara  untuk  bermukim  di  Lot  366,  Blok  N.3  Daerah  Tanah  Meradong  ini.

Satu  perasaan  mewabaki  saudara.  Cinta,  mengapa  makhluk  bernama  cinta  itu  engkau  tewas  untuk  menafikan  tembusnya  ke  bentung  garisah  saudara.

Ia  barangkali  kemelut  yang  secara  susunannya  akan  menyerbu  kedewasaan. Itu  memang  aturan.  Antara  dua  gender  berlainan.

Saudara  payah  untuk  menolak  lupa  bahawa  acap  pagi  sekitar  7.35  gadis  yang  mengombak  pantai  hati  saudara  itu  seakan-akan  aktres  cina  Huang  Sheng  Yi  itu,  aktres  lollipop  girl  dalam  filem  kungfu  Hustle  bertembung  pada  lorong  yang  sama,  angin  dinihari  turut  mengelus  kesiur  gita  romantika..  Masakan,  dua  pasang  mata  bagai  disihir  untuk  tumpang  berinteraksi.  Bertegur  pada  bahasa  yang  tidak  mampu  untuk  disinonimkan.  Bersuara  hatif.

3


Betapa  ia  adalah  fitrah.

Mengapa firah sebegitu langsung menerpa ke dalam dada makhluk manusia  seumpama saudara  yang distastuskan manusia? Adakah ini jalan  bagi  saudara  menyerah, atau cuba memintas ke simpang yang menyaksikan  saudara  bukan  manusia  yang  berakal?

Betapa saudara  dijerat kehairanan benar.  Bukan saudara  yang  memilih  bahkan saudara  yang dipilih.  Andainya hakikat ini saudara ajukan pada Nur, pasti saudara  juga berperanan untuk menjawab aduan itu  Ya,  betapa  ia  telah menyuluh  ke  sanubari  saudara.

Nur,  mungkin  debar kita  menampung  komposisi  yang  sama?  Boleh  jadi  bertautan.  Atau  saudara  sendiri  terlalu  senang  dihelahkan  demostratif?

Ada  simbolik  ceratnya.  Hadir  melik  pastinya.  Nur,  penuntut  lanjutan  STPM,  6  Atas  2,  meneraju  dalam  bidang  Kesusasteraan  Melayu.  Gadis  itu  mencenggangkan  saudara,  melantunkan  serba  adab  dan  mestinya  busana  yang  membaluti  kerangka  jasad  makhluk  bernama  wanita  amat  mendap  dalam  hati  saudara  yang  cuak  bertanya.  Adakah  ini  fesyen  seorang  muslimah?  Alangkah  cantiknya  syariah  agama  ini?  Mengapa  wanita  itu  mesti  rapi  penjagaanya  khususnya  dalam  tata  berpakaian?  Tetapi  saudara  tidak ambil  peduli,  realitinya  semua  agama  setara  di  mata  saudara.  Nak  bedakan  ini  Muslim,  si  itu  Kristian,  si  itu  Paganisme,  semuanya  sama.  Manusia  tidak  menghargai  agama  di  zaman  millennium  ini.  Tetapi,  orang  yang  melaksanakan  perintah  agama  itu,  asing.  Masakan  saudari  tidak  cuak  mahu menyelidiki  empunya  itu-Nur,  wanita  muslimah   berjilbab,  lalu  memalukan  sekali-saudara  termakan  hati.  Pernah  soalan  ini  menjengkelkan  salah  seorang  sahabat  saudara  yang  bernama  Muhammad  Irsyad.  Sampai  saudara  perlu  menggali  persoalannya  semula.  Selama  ini  saudara  tidak  terikhtiar  untuk  membezakan  agama  yang  dianut  oleh  masyarakat  majmuk  di  negara  ini?

Lekuk  fikir  saudara  waktu  itu  diziarahi  oleh  keyakinan  saudara  dan  keluarga  selama  ini  atau  telah  berlangsung  dari  nenek  moyang.  Saudara  seorang  Paganisme.  Juga  dengan  bangganya  saudara  menyematkan  diri  seorang  animisme  tatkala  terlangkah  ke  sekolah  peringkat  menengah.  Kini,  di  daerah  Bintangor  ini.  Segalanya  seperti  bakal  terjawab.  Setiapnya  seolah-olah  mahu  menyuakan  inovasi  yang  amat  saudara  tidak  pedulikan  dalam  cetakan  umur  yang  bertangga  keremajaan.

4

“Perasaan  inilah  dinamakan  hidayah,  saudara.  Hidayah  itulah  nur.  Nur  dari  ilahi.”

Nur!!!

Sahabat-sahabat  saudara  yang  acapkali  mengunjungi  laman  digelar  surau  pada  lima  waktu  dalam  sehari  itu  dipeluki  syukur  malah  meluncur  kalimah  “Alhamdulillah!

Merekalah  yang  tanpa  meminta  ganjar  atau upah  sekalipun  untuk  menguras  tenaga  juga  masa  untuk  berurusan  dengan  pihak  pejabat  sekolah  serta  Pejabat  Agama  daerah  bagi  memastikan  hak  saudara  sebagai  orang  ‘baru’  dipedulikan.

Apa  keistimewaan  dalam  Islam  yang  begitu  gagah  untuk  menarik  jiwa  saudara?  Apa  perasaan  yang  saudara  dapat  nafasi  dalam  Islam?

“Saya  tidak  mampu  untuk  menterjemahkan  rasa  akidah  yang  menyiram  dalam  kalbu  saya  ini.  Saya  mampu  meluahkan  bahwa  kala  Islam  itu  datang,   ia  masuk  ke  dalam  hati,  hati  yang  kini  menerima  sumber  cahaya.  Cahaya  yang  menyuluhkannya  untuk  mengenal  siapa  dirinya  serta  Pencipta-Nya.  Dan  apakah  yang  akan  saudara  saudari  semua  rasakan  apabila  jendela  hati  yang  selama  ini  gelap  dan  kelam  tatkala  hadir  sinar  ke  dalamnya?

Bagaimana  itu  saja  rangkai  ayat  yang  terpacul  dari  mulut  saudara  kala  diwawancara  dalam  satu  kolum  “great  moments  of  this  year”  untuk  majalah  sekolah  the  bee  S.M.K  Bintangor  bagi  jilid  ke-13  itu.  Bahwa  saudara  pada  permulaan  menolaki  tawaran itu.  Niat  kita  agar  warga  di  sini  khususnya  penganut  islam  baka  menghargai  Islam  dan  pentingnya  bagi  seorang  muslim  itu  untuk  memahami  dakwah  bil-hal.  Akhlak  islam  adalah  teras  dalam  menunjukkan  ajaran  agama  ini  yang  sebenar  kepada  golongan  bukan  islam..  Mereka  non-muslim juga  secara  rasionalnya  akan  mengenali  bahwa  agama  islam  ini  tidak  memilih  ras,  kaum  tertentu,  warna  kulit  dan  status  serta  menunjukkan agama  islam  adalah agama  universal.  Ustaz  Wan,  guru  kanan  Sosial  dan  Kemanusiaan  serta  Ustazah  Rafidah,  penaung  bagi  Persatuan  islam  di  sekolah  saudara,  adalah  individu  yang  selalu  memberi  motivasi  positif  serta  bimbingan  dalam  ibadah  asas  di  dalam  Islam  kepada  saudara.

Ah!  Minda  saudara  diziarahi  wajah-wajah  bergulir  senyum  dan  renung  mata  Nur.  Saudara  tidak  mahu  menafikan.

Kamu  ni  masuk  Islam  sebab  nak  kahwin  dengan  perempuan  ‘melayu’  ya?

Dalam  banyak  versi  tohmahan,  inilah  yang  popular  sekali  untuk  saudara  kubui.  Memang  saudara  nak  kahwin,  memang!  Jelas  saudara  berkali-kali,  kahwin  di  dalam  Islam  tidak  hanya  dapat  kita  nikmati  di  dunia  cuma,  malah  di  akhirat  betapa  nikmat  kahwin  ini  lebih  martabatnya.  Dengan  bersahaja,  saudara  kembali  menyoal,  “kamu  tidak  ingin  memiliki  bidadari  sebagai  isteri  kelak  setelah  meninggalkan  alam  dunia?

Memang  setelah  mengisytiharkan diri  sebagai  muslim,  betapa  Tuhan  tidak  berhenti  menguji.  Lebih-lebih  lagi  dalam  lingkaran  masyarakat  sekolah.  Saudara  tidak  berminat  mengungkit-ungkit  tentangan  dari  pihak  keluarga  juga  saudara  mara.  “Biarlah  rahsia,  ia  peribadi.  Moga  Tuhan  akan  memberi  hidayah  sebagaimana  hidayah  yang  saya  dakapi  ini”.

Nur  adalah  kurnia.  Nur  akan  datang  kepada  individu  yang  mencarinya.  Nur  sememangnya  mempersilakan.  Saudara  belum  terlambat!

5

Lima  tahun  selepasnya.

Brek  bas  borneo  Hino  nombor  4  memancung  lamunan.  Pelajar  berdedai-dedai  menyumbatkan  diri  ke  dalam  perut  bas. Sememangnya  beginilah  panorama  kala  musim  cuti  hujung  minggu  hadir.

Ada  tiga  tempat  duduk  lagi  menanti  tuannya.  Saudara  masih  beroppurtiniti  untuk  mendapat  nikmat  duduk.  “Dua ringgit  tiga  puluh  sen”  ujar  konduktor  bas  sambil  menyerahkan  dua  tiket  kepada  saudara  untuk  dua  orang  ke  destinasi  kampong  Gemuan  dari  stesen  bas  sekolah  S.M.K  Bandar  Bintangor.

“Bang, kenak bang kinek tuk suka duduk di sebelah kiri driber, bukankah bang dulok suka agik duduk di posisi belakang bas?

“Sebab, bang dah berdua, mauk senangkan  hati  isteri  bang,  isteri  bang  kan  senang  duduk  di  sebelah  kerusi  kiri  berhampiran  driber”

Saudara  kini  berlapang  qalbu  kerana  disatukan bersama  Nur  dalam  simpulan  pernikahan.  Dijodohkan  dengan  muslimah  yang  kenal  keizzahannya.  Saudara  kekal  terkilan  apabila  lamaran  saudara  dengan  bantuan  Ustaz  Wan,  guru  Pendidikan  Islam  di  sekolah  S.M.K  Bandar  Bintangor  beberapa  bulan  sudah  seusai  saudara  dari  melunaskan  ijazah  di  Universiti  Utara  Malaysia  diterima  keluarga  Nur  di  Kampung  Gemuan.  Saudara  juga  tika  ini  amat  berlahar jiwa atas Nur Islam yang dikurniakan  oleh  Allah,  Tuhan  Yang  Tidak  Beranak dan  bukan  memperanakkan,  bahawa  keyakinan beragama  engkau  dapat  hirupi  hanya  di  dalam  Islam.

Kala  saudara  menoleh  ke belakang waktu, saudara  menemui  belok  untuk  merumuskan.

Betapa  di  bumi  Bintangor  ini,  saudara  dianugerahkan  dua  Nur;

Nur   Islam  dan  Nur  Haslina  Nasyrah.

Sarawak,  Jun/2007


  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: